Adakah kursus kahwin ini hanya untuk warga Johor sahaja?
Kursus kahwin bersemuka terbuka kepada Warganegara Malaysia (semua negeri) dan bukan warganegara (mempunyai pasport). Sijil sah seluruh Malaysia.
Adakah kursus kahwin ini hanya untuk warga Johor sahaja?
Kursus kahwin bersemuka terbuka kepada Warganegara Malaysia (semua negeri) dan bukan warganegara (mempunyai pasport). Sijil sah seluruh Malaysia.
Siapakah yang dapat pengecualian kursus kahwin?
- Lelaki/Perempuan yang akan bernikah kembali dengan pasangan sama
- Janda kematian suami
- Duda kematian isteri
- Poligami
- Janda berumur 45 tahun ke atas
- Duda berumur 50 tahun ke atas
Bilakah sijil kursus kahwin diterima?
Kursus Kahwin Bersemuka : Sijil akan diserahkan kepada peserta sejurus setelah tamat kursus iaitu pada hari kedua kursus.
Apakah dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran kursus?
- Kad Pengenalan
- Pasport (Bukan Warganegara)
- Sijil Lahir/Dokumen Pengenalan Lain (Jika tiada IC)
- Yuran RM150 seorang (Tunai/QR Pay/Transfer Online)
Adakah sijil kursus kahwin boleh digunakan untuk pernikahan kali kedua (cerai hidup)?
Satu sijil hanya untuk sekali pernikahan sahaja. sekiranya cerai hidup perlu mengambil semula kursus kahwin. Pengecualian hanya diberikan mengikut had umur.(Rujuk soalan No. 2)
Bolehkah mengambil kursus kahwin awal walaupun tiada pasangan ?
Kursus kahwin dibolehkan ambil awal kerana sijil kursus tamat tempoh 10 tahun dan pastikan anda simpan sijil tersebut dengan baik untuk mengelakkan sebarang kerosakan / hilang.